Daisypath Anniversary tickers
Domo-kun Link Select

Dec 12, 2012

belajar sungguh-II adik . . . :)

Assalamualaikum...

hari ini hari punya kenangan bagi aku, kenapa? kerana aku kena berpisah dengan adik kesayangan aku yang satu-II nya...

sebelum ni aku yang keluar rumah untuk pergi study, kali  ni dia pulak punya turn... haishh,, adik.. pesan akak kat sini untuk kau, jaga diri baik-II kat tempat orang... ada kat tempat orang tak sama dengan tempat sendiri...

aku sempat ambil pic dia, sebab dia rushing untuk dengar taklimat..huhu,, cian adik aku,, daftar lambat.. kelam kabut jadinya..


nombor bilik bertuah :)

berpeluh-II kerana cuaca dan kepenatan turun naik tangga >.<

~kata hati~

lepas ni dah tak de kawan gaduh, bergurau, berbincang, sakat menyakat, sedihnya,,,, mesti dah jarang jumpa.. miss u adik :'( (walaupun baru berapa jam pisah, tp dah mula sedih)

sensitif



tidak seharusnya air mata ini mengalir. . .

tanpa sebab yang musabah. . .

tapi aku juga seorang insan yang lemah. . .

punya hati dan naluri. . .

yang sangat mudah tersentuh. . .

walau cuba di tahan. . .

walau nampak cekal. . .

tapi di dalam hati tiada siapa yang tahu. . .

pada insan yang melukakan hati ini. . .

kesalahan itu memang mudah di maafkan. . .

tapi untuk melupakan kesalahan dan kesakitan itu sangat sukar bagi aku. . . itu bukan lah kehendak aku sendiri. . . tapi kerana itu adalah diri aku. . . fahami aku siapa aku. . . 

Dec 11, 2012

mari mencuba :)

 Assalamualaikum,,,

hari ni aku mencuba PUDDING ROTI,,  Alhamdulillah menjadi jugak hasil air tangan aku,, kali ke dua percubaan aku,, yumm,,yumm,, sangat best.. >.<


cuti semester,,, masam+manis,,,

hai kamu disana,

hari ni aku nak cerita pasal kenangan aku balik ke melaka sensorang, then kena pulak duduk di antara dua mamat yang warna kulitnya amat kontra, sorang china, sorang lagi negro.fuhH!

1Disember aku dah start cuti sem, sebenarnya memang plan aku nak balik rumah sabtu pagi tu, tapi entah kenapa otak biol aku berkata-II nak balik awal, mungkin sebab dah tak selesa dengan bilik, bilik dah kosong, semua barang dah angkut masuk store untuk sem akan datang, then cadar pon aku dah simpan, tidur atas katil tak de alas, tu sebab aku tak selesa, memang rasa duduk tempat tah apa-II jelah! so, aku decide, tetap nak balik jumaat malam tu jugak! kalau sem lepas balik cuti sem, along aku amik aku kat kolej, tapi kali ni aku cuba nak belajar berdikari, kawan-II aku boleh je balik sendiri sorang-II, kenapa aku tak boleh kan? kena cuba belajar berdikari! (manja betol! gedik larr)huhuhhuhu

ok! sambung semula cerita pasal aku kena duduk di antara dua mamat.. sampai je kat TBS, pukul 8 masa tu, aku tanpa berlengah lagi pergi kaunter tiket, dengan harapan tiket ada lagi, tak mahu lah kena macam hari tu, kena balik kolej semula gara-II tiket habis,, serik aku..!! sampai di kaunter:

"kak tiket pukul 9 ada tak?"

"ada. rm9(bas delima)"

"bas transnasional ada tak kak?"

(aku nak naik bas transnasional sebab akan keluar tol ayer keroh, sampai rumah awal sikit)

"ada dik, tapi seat belakang sekali tau"

(mestilah nak, tak kisah lah duduk belakang cam naik kuda ke apa ke, selalu nya duduk belakang seat tak ramai beli, dengan harapan aku sorang je lar yang ada kat belakang,, boleh buat kuak lentang, hahaha,,
yang penting nak sampai rumah cepat,)
tanpa berlengah...

"oke lar kak, nak yer"

"rm12.++"

(dalam hati aku, sama je ke melaka tapi awat mahai nau) gggrrr,,, tak pe-II,, nak sampai rumah awal punya pasal)

sementara menunggu bas, borak-II dengan member yang kebetulan nak balik JB, saja sakat-II dia bas dia sampai lambat, kira aku jalan dulu ar tinggalkan dia,

tup-II,,, bas aku pulak lambat,, pergghhh! sengal la,,, lambat 1/2 jam pulak tu,,

sabar je la aku..

ketibaan bas.........



naik bas dengan muka penuh berharap aku sorang je duduk seat paling belakang...


sampai je depan seat 9B..gguullppp..berdiri betul-II dihadapan seat aku, pandang kiri, alamak,! negro.. pandang kanan, alamak,! cina,, wuuuaargghh,, tak kisah kalau dia perempuan,, tapi yang aku kisah dia lelaki,, aku dah lah pemalu...
duduk je seat dengan muka selamba, sebenar nya muka dah menebal,, sumpah aku gentar!
-ambil "hati" si dia bagi, peluk!-   -_-'




sumpah sepanjang perjalanan aku tak boleh tidur,! mamat cina tidur lena dah, mamat negro, tengok movie! movie apa aku tak ambil port, yang penting dia tak kacau aku, n aku tak kacau dia,, mujur lah mereka tak nakal,, :) Alhamdulillah,,

perjalanan yang macam biasa. kurasa kan sangat bosan+jauh+lembap+lama... ggrr,,,,,

~kata hati~

pengalaman baru menjadi kan aku semakin kuat,, insyaAllah,, :)

Nov 22, 2012

itu indah

kadangkala,,
di kejauhan itu membuatkan aku gembira

kenapa???
kerana ia akan wujudkan satu perasaan indah dalam hati

nikmat???
ya! nikmat rindu :)

yang kadangkala
setiap kita sendiri tidak menyedari akan kehadiran nya

biarkan rasa rindu itu memenuhi hati ini agar aku lebih menghargai dirimu
di saat ketika kau di samping ku



Oct 14, 2012

aku terima nikahnya :)

Assalamualaikum wth...

selamat bercuti warga pelatih KSKB yg bertugas di HTAR,,,

hari ni aku memenuhi hari aku dengan senyum tawa dan bahagia, :)

pilihan destinasi aku untuk hang out adalah AEON bukit tinggi,, jenjalan or menghabiskan masa,,?? huhu,, dah dua minggu tak jumpa,, dan inilah satu-II nya tempat untuk aku dan si dia ley hang out bersama,, nak pi mana ek? hem,, tengok movie je la yer,, pilihan kami,, ->

AKU TERIMA NIKAHNYA.. yeah, for my opinion, cerita ni menarik sangat, megisahkan tentang pengorbanan seorang isteri melalui kehidupan dengan penuh tabah dan sabar untuk memulihkan kembali ingatan suami nya,, touching cerita nya, mujur lah tak banjir wayang tu, lihat kiri dan kanan, kiri aku dah sob sob sob(sedih lah tu) kanan aku, oppss,, si dia, wuuu,, dah nak nangis ke awok??  hahaha,, aloo, tak macho lah cam tu,, aku pulak??? fuuhh! steady je beb,, cekal,,! hahaha


~harus simpan ini tau~

after menonton wayang yang alalalalalala(bapa banyak dah) sweet ni,duduk-II di satu sudut sementara menanti si dia, tiba-II terpandang ini, wow!


~my dream wedding?? heh3,, (otak dah fikir apa ni)~

tup tup tup,, oh my perut sudah lapar,,, bermain-II lagu apa tah (dangdut barangkali),,, 
puas berjalan semata-II untuk mencari destinasi untuk memenuhkan perut kami,, last-II restoran ni lah pilihan kami,, my first.. 

~makanan+servis = A+ ~

~ice lemon tea menjadi pilihan~


~juadah kami~

perut dah penuh, ok! nak berjalan pun dah malas,, amik satu site untuk kami berehat dan lepak sambil berborak, :)

























auuww!! jangan tanya aku kenapa si dia buat posing begitu o_0 tiada paksaan dalam bab-II posing ni,,

actly, nak berkata camni pada si dia, 

me : inginku serahkan hati ini pada yang berhak, insyaAllah, jika di perkenankan yang ESA, dan jika sudah tertulis aku untuk kau, akan ku jaga hubungan ini sehingga ke akhir hayat,.dan akan kuserahkan hati ini hanya untuk mu,,only one,,

him : (waiting for him to reply) ~.~`

~kata hati~

thanks pada salim dan anith kerana sudi membantu kami, & for you the only one in my heart, macam mana nak mulakan balik ni ye??

Oct 7, 2012

cara nak menyimpan

Assalamualaikum wth... 

selamat hari ahad dan selamat ber'outing' bagi sesape yang duduk asrama, 0_o ooohhoii.. tapi aku tak keluar jenjalan pun hari ni,,, banyak sebab musabahnya, salah satu sebab adalah malas. malas oh malas. kenapa la ada sifat malas ni kan? tapi malas yang jenis cam ni tak pe kan, sekurang-IInya duit aku tak da habis, sebab nya, kalau aku dah keluar jenjalan, of coz aku akan berbelanja habis, giler boros aku ni,, >.< 



aku nak belaja simpan duit lah, nak cepat-II kahwin,, hahaha,, belaja pun tak habis, inikan pulak nak cakap pasal kahwin, amboi gatalnya, kalau mak aku tau ni, habis kena hambat dengan batang penyapu ni,,

actually, aku tak terfikir pun nak kahwin sekarang, aku nak habis kan belaja dulu.. tapi bab nak menyimpan duit tu betul, sebagai salah seorang student yang bergantung penuh pada duit elaun ni, aku kena pandai berjimat(kadang-II tak cukup jugak),, okey,, sekarang ni aku nak start BERJIMAT,,,, >.<

beberapa tips yang aku rasa boleh diterima lah untuk digunakan oleh student macam kitorang ni:

1st - bila dapat duit, spend kan sikit duit dan transfer ke akaun bank lain.

2nd - pastikan ada tabung untuk simpan duit, contoh nya, kalau ada balance kita belanja satu hari, especialy duit syiling, so, boleh je simpan duit kat dalam tabung.

3rd - makan jangan terlalu banyak, selain untuk dapatkan berat badan yang ideal, kita boleh juga saving duit kita. yang penting, makan mengikut piramid makanan yang betul dan seimbang.

4th - elakkan makan makanan segera macam KFC, McD, PIZZA, etc.

5th - kurangkan makan makanan ringan. contohnya keropok, air minuman bergas, (tak kenyang pun makan dan minum yang jenis cam tu)

6th - jangan beli barang mengikut kehendak, beli barang mengikut keperluan. keperluan adalah barang yang sangat-II kita perlukan manakala kehendak barang yang kita tak perlukan tapi sekadar suka-II untuk beli dalam jangka masa panjang.

7th - rajin-II kan diri untuk join aktiviti kolej, selalu nya bila ada aktiviti kat kolej, mesti ada sediakan makanan kan?? >.< secara tak langsung, kita dapat kurangkan pengeluaran duit kita pada hari tersebut. 

8th - kurangkan berdating, kalau berdating sudah tentu nak pergi tengok wayang la, beli itu ini lah, apelah, kan?? so,, better kurangkan berdating, biar perasaan rindu tu membuak-II lagi sweet macam tu kan,.. (bagi aku la) ;-)

9th - kalau dapat kawan yang sekepala okey sangat. amalkan seorang satu lauk, then bungkus la, bila dah sampai bilik dan boleh berkongsi lauk.dalam hal ni, kita boleh mengeratkan hubungan kita dengan kawan-II juga. 

10th - disiplinkan diri. tu lah kunci sebenar untuk memastikan sesuatu benda tu tercapai. >.< 

~kata hati~

semoga kita sama-II dapat menyimpan duit, moh kita menabung :)

Oct 1, 2012

b.e.l.a.j.a.r


Assalamualaikum wth..

Entri hari ni adalah BELAJAR.! 

Belajar apa yang aku maksudkan adalah belajar menjalani kehidupan yang susah, jauh dari keluarga, jauh dari kemudahan.  Bersyukur pada setiap kekurangan yang ada kerana semua tu akan menjadi kan kita seorang yang akan memahami akan setiap keadaan, betul ke? Sebenarnya semua ni adalah bergantung pada individu itu sendiri, tapi bagi aku, aku tak kisah bila berada di tempat yang facilities nya kurang, kadang-II ada gak mulut jahat ni mengeluh akan kekurangan yang ada, tapi tiap kali bersendirian, mesti terfikir, aku di kira bertuah kerana kat sini ada kemudahan yang lengkap,Cuma kemudahan berasaskan barang-II lama, malah kemudahan kat sini lagi banyak berbanding asrama aku yang sebelum ni.

oh terlupa pulak, aku baru sahaja berpindah ke asrama klang kerana praktikal, minggu ni aku akan mulakan semula praktikal setelah sekian lama tinggalkan dunia praktikal, rindu nak bau suasana hospital,rasa berdebar-II sangat mulakan praktikal untuk sem ni, sebab aku akan praktikkan benda yang baru belajar, mudah-II an segalanya berjalan dengan lancar, dan harapan aku dapat habiskan cross dalam masa yang di tetapkan. Aku akan jalankan tanggungjawab sebaik yang mungkin, must set in my mind “I love my patient like I love my family"

1st time jejakkan kaki di tempat yang bernama KLANG,

Hati berkata:

Not bad, aku cuba positifkan keadaan.

2nd day

Hati berkata:

Semakin biasa dengan keadaan di sini, makin seronok, :D



3rd day and until the last day I’m at here

Hati berkata:

Mudah-II aku akan jalani khidupan yang baik-II ajer kat sini.

my BUAH HATI KU YANG BERADA DI KSKB



~kata hati~

Sebenarnya sedih sangat sebab terpaksa berpisah dengan roommate aku kat sana, rindu kau NOOR ATTIQAH JAILAN. :’( kenapa susah sangat nak pamerkan apa yang aku rasa. Kenapa??  Then, terpaksa berpisah dengan insan yang telah berjaya ketuk pintu hati aku ni. Dear, I miss you so much. :’(

Sep 25, 2012

Sahabat??





Kemana kita pergi, tetap bersama, kita berempat, bersama-II berkongsi suka duka, tapi entah di mana silap ku, kau pergi tinggalkan aku, kau pergi menjauh, sekarang, tiap kali aku jumpa kau mesti aku tegur kau, aku yang selalu contact-II kau, kau cari aku atau balas contact aku tu bila perlukan aku je, aku sangat terasa dengan tu semua, entah berapa kali kau sebut aku sombong, tak pernah sekali pon aku cakap pon kau sombong, mungkin ada cerita di sebaliknya yang aku tak tahu, banyak kali aku minta maaf & minta penjelasan kalau-II aku ada wat salah, tapi balasan kau tetap sama,, tak ada apa yang berlaku,, hati aku berkata-II ada je yang tak kena,, tapi aku bersabar je,, tak tahu macam mana lagi nak cuba selesai kan perkara ni sebab kau selalu berselindung dengan aku,, sekarang,, hati aku dah tawar untuk tegur kau, salah aku ke? Walau ada yang berkata buruk tentang aku pada kau, sebagai seorang sahabat cuba lah perbaiki aku, cuba lah tegur aku, jangan hukum aku,, aku tak suka mencari musuh, orang yang paling aku benci pon aku boleh maafkan, apatah kau sahabat aku, pape pon yang berlaku, 1 pesanan tuk kau, kalau-II kau rasa aku nak jadi macam diri kau, itu adalah salah, diri aku adalah aku, walaupon kau sakit kan hati aku, aku tak kan balas, Cuma mungkin aku tak boleh tegur kau lagi,, sampai lah 1 masa hati aku betul-II terubat.. maafkan aku sahabat,,




~kata hati~

Sehebat mana dugaan yang aku jalani, aku akan gagahi tuk hadapinya, walaupon hati aku perit,semoga kau insan bernama sahabat menyedari akan apa yang aku ingin berkatakan dalam hati ni. Walau pon kau rapat dengan insan yang dah sakitkan hati aku, aku tak kan marah kau, tu hak kau, tapi, jangan biarkan bisa kata-II yang keluar dari mulut dia menghancurkan hubungan kau dan aku…

Sep 23, 2012

Cuti hari penubuhan MALAYSIA. 0_o



BABAK PERTAMA  - JUMAAT –

-> Bersemangat nk balik MELAKA !!! with my beloved FRIENDS !!!
-> tiba di BANDAR TASIK SELATAN
-> beratur panjang GILA
-> tinggal kurang dari 10 orang untuk lepas barisan untuk beli tiket,
    --- tup tup tup --- arrggghhh
!!! tiket HABIS!!!
-> telefon berbunyi,,,  tuuutt,,, YEAH,, akak aku nak ambik aku lar kt stesen keretapi .. (lega gila sebab ada orang nak ambik)
-> hampir jam 2215,,, di perhentian keretapi
-> telefon berbunyi lagi,,, tuuutt,,, Ya Allah,, akak aku pon tak dapat ambik sebab kereta dia rosak kat HIGHWAY.. mujur lah dia ada dengan husband dia… (bersabar la yer wahai akak ku)
-> terpaksa balik semula ke asrama dengan perasaan risau mengenai akak aku dan hati yang hampa sebab tak dapat balik MELAKA …  T.T

dugaan hidup di perantauan memang camni agaknya yer,, ~.~

BABAK KEDUA  -  SABTU –

->lena diulit mimpi.. my mom call… “balik lah MELAKA, sempat ni  kalau nak balik, tiket bas mesti ada je hari ni”,,
(aku pon apa lagi, bila mak dah bagi lampu hijau untuk tak risau & bagi aku balik,, aku pon ngan pantas fikir, nak balik,,, tapi,,, dengan sape?? :’( 
-> kawan-II aku? Dorang tak boleh ikut sebab nak study,,, tak sampai hati  nak nyusahkan dorang
-> call si dia,,mintak kebenaran my mom.. yeah! My mom bagi lah dia ikut balik rumah,,
-> pulang ke kampung  halaman bersama si dia
-> sampai kat rumah, rehat-II, my mom request untuk pergi shopping & jalan-II.. seronok sangat sebab dapat jalan-II dengan my mom, adik tersayang & si dia… dah lama tak jalan-II pusing Bandar waktu malam… & impian si dia untuk bawak aku naik kereta tercapai juga,,, >.<
-> balik singgah kedai makan.. fuhh.,. lapar kot.. 

BABAK KETIGA  - AHAD –

-> tak nak balik!!! Tapi tiket dah beli jam 1300.. :’( still need my time with my lovely family
-> tepat sampai 1300 di MELAKA SENTRAL,, hampir-II ketinggalan bas .. (Nampak sangat tak nak balik asrama) +_+
-> Alhamdulillah sampai juga kat tempat yang ingin dituju.


~kata hati~

Walaupun banyak halangan & dugaan untuk pulang ke kampung halaman, aku akan usaha kan, terima kasih pada si dia yang teman kan walaupun ia nya tanpa di rancang. Dapat juga ubatkan rindu pada keluarga. Cuma tak dapat jumpa along & his family.. :’( next time balik mesti jumpa juga.  

Sep 11, 2012

selamat hari lahir :)


Asssalamualaikum wth..

SELAMAT HARI LAHIR DI UCAPKAN PADA BONDA KU YANG TERSAYANG.

ALLAH SELAMATKAN KAMU

ALLAH SELAMATKAN KAMU

ALLAH SELAMATKAN IBU KU YANG TERSAYANG

ALLAH SELAMATKAN KAMU

Tahun ni tak dapat sambut birthday mak sama-II dengan yang lain. Hem,, sedih  sangat. Hanya ucapan dan doa saja yang mampu aku hadiah kan.. anak mu sangat merindui kamu, :’( nanti bulan 12 baru dapat jumpa,, aku akan bersabar. 




Walaupon ni gambar terakhir mak dan ayah masa hari raya pertama yang kebetulan nya jatuh pada hari lahir mak, tapi ingatan dan senda gurau serta gelak tawa kami masa hari tu tak kan kami lupa.. I miss u mom, dad,, 

w e e k e n d..!!


Assalamualaikum wth

Hai guys.! Macam mana ngan weekend korang?? Best?? Me? Best sangat,, walaupon letih dengan pelbagai aktiviti yang jadikan aku kurang rehat, tapi, semua yang aku lakukan sangat seronok, aktiviti 10,000 langkah merdeka yang aku join semalam memang memenatkan, dengan langkah kaki yang tak berdaya aku gagahkan juga untuk berjalan-II(ehem-II mujurlah si dia ada sama turut serta masa hari tu, so, semangat aku lain macam sikit, J almaklum lah, bila my hero ada kat sisi, sapa yang tak bersemangat kan,?? haha

faezah, hazni, ika & kak mira

with him again





Petang tu kami jalan-II bersama, THE CURVE  lah pilihan kami lagi, aku tak kan bosan pergi tempat yang sama asalkan dengan insan yang aku sayang. Tapi walaupon si dia orang yang aku sayang, si dia masih berada di carta hati aku yang ke-3.. yang pertama, sudah tentulah mak aku, J sapa yang tak sayang mak kan? Yang ke dua, ofcoz la my siblings, I miss all of you, and ke tiga baru la si dia.




and now, after that day, aku dah berazam ngan diri ni, tak mahu main-II lagi selepas ni, means, nak focus je dengan study becoz exam dah dekat… yup! Aku mesti capai target aku,, aku akan jadikan diri aku yang terbaik, tak lupa kata sorang cikgu aku PENEMBAK YANG BAIK AKAN MENJADI NURSE YANG BAIK.. insyaAllah, kata-II semangat yang beliau berikan akan aku jadikan pembakar semangat.. aku Cuma perlukan bantuan semangat dari teman di sisi, and aku berharap sangat sahabat-II di sisi aku akan sentiasa berada di sisi di saat aku jatuh.

Aug 27, 2012

apakah mungkin dirimu?

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu, yang indah jadikan kenangan, yang duka perbetulkan,


suka lirik ni,, penyanyi lagu ni adalah YANA SAMSUDIN ft SHAHEIZY SAM,,

tiba-II terdengar lagu ni,, n tiba-II jd minat plk,, bukan dengar muzik semata-II tapi aku suka dengar lirik yang di dendangkan,,,,, yuhuu,,, apkah ini ya?? 
Aku tak bisa mengatakan perkataan
Kelu lidah bila berdepan kamu
Percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata
Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta
Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang
Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
yang indah jadikan kenangan
Yang duka diperbetulkan
Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku
tapi aku masih belum mengenalmu
untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta
Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang
Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
yang indah jadikan kenangan
Yang duka diperbetulkan
Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang
Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
yang indah jadikan kenangan
Yang duka diperbetulkan
Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku
napa tiba-II nak bunga-II plk ni??? mungkin kah di sebab kan kau??
thanks sebab bagi 'hati' ni kat aku,, 1st time dapat ni,, apalagi, melompat-lompat kegirangan la aku, 
i promise,, aku akan jaga baik hati, :) pegang janji ni lek lok k,!!
sempurna kah aku disisi kau?? jawapan nya TIDAK,,!
memang fitrah setiap insan kat dunia ni tak sempurna, yang menyempurnakan seseorang tu adalah insan yang diciptakan untuk dirinya, insan yang diciptakan sejak azali lagi, iaitu jodohnya, hanya Allah yang mengetahui akan jodoh yang diciptakan untuknya, tiada siapa yang dapat mengetahuinya, sejak di dalam perut ibu kita lagi telah di tetapkan jodoh buat kita, tidak perlu kita takut dan gusar akan ketidakhadiran seseorang dalam hidup kita, namun sebagai insan biasa, kita perlulah berusaha untuk mencari pasangan kita itu tanpa mengharapkan ia datang bergolek, wallahualam,, :D

Aug 26, 2012

masih tidak terlambat ^^,

Assalamualaikum wth.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI diucapkan pada yang mengenali diri ni, aku menyusun sepuluh jari ingin memohon ampun dan maaf andai selama perkenalan diri ni ada lakukan banyak salah dan silap kat korang,,manusia memang tak terlepas dari melakukan silap,, selagi kita bernama manusia ini harus lah saling memohon maaf dan memaaf kan atas kesilapan yang pernah dilakukan,, kita tak kan jadi orang yang rendah martabatnya andai sering mengucapkan maaf dan saling memaafkan, malah akan jadi orang yang dihormati,, insyaAllah,, jangan kerana ego dengan mengeluarkan kata maaf, orang di sekeliling kita membenci kita,, apa yang kurang kat diri ni,,please la tegur ngan cara yang berhemah,, :) aku akan terima segala terguran tu,,

hemm,,,agak terlewat untuk ucap hari raya. tp tak pe kan??hehe >,<

raya tahun ni seperti raya yang lepas, beraya tanpa ayah tersayang,, i miss you dad,, :'( memang aku akui kebenaran kata-II,, bile seseorang tu dah tak de kat sisi kita, baru la kita menyesal akan segala yang di lakukan sepanjang hayat nya... tp aku redha ngn pemergian ayah,, dari lihat ayah terseksa,,, ayah tetap hero aku wat selamanya,,, i love you dad,, 

***


now,, 

aku nk share tentang persiapan raya aku,, waaaahhhh.. persiapan raya???


jeng

jeng

jeng


actually baju raya aku tak beli sendiri pon, mak & kakak yg aku belikan,,,
saiz???
mujur la saiz aku senang nk cari,, lau tak M or L,, lagi-II sejak berat badan aku ni dah turun 2 kg(sejak dari bulan puasa), muat-II jela aku pakai saiz M tu,
warna??? aku tak memilih or cerewet pon tentang warna or corak yang dipilih oleh dorang,, asalkan baju tu boleh dipakai dan sesedap kat badan ni,, tu dah cukup bagi aku >.< senang kn??

minggu terakhir berada di kolej sebelum aku balik ke rumah,, aku dan kawan-II sempat menghias kelas dengan aneka ketupat, kad raya dan ampau,, bila dah siap berhias tu semua, sekeliling kitorang dah ada dalam mood beraya je,, ape lagi, minda semua ada kat rumah dah, cuma jasad je ada kat dalam kelas, 




meriah kan suasana beraya di perantauan,,hik3,,, 



mujur lah ada lecture yang faham keadaan kami masa tu dan dorang tak bagi kitorang tekanan sangat masa dalam kelas, untuk tarik perhatian pelajar semasa belajar, ada jgk lecture yang denda beberapa orang dari kitorang(cari point untuk buat persembahan), so, budak-II yang kena denda ni kena lah berlakon @ menyanyi,,tak sangka kan, bakat terpendam kawan-II aku ni,, aku agak terpegun ngan lakonan @ nyanyian dorang, (memang sporting habis ar kawan-II aku ni).



kemeriahan bersama kawan-II sedikit sebanyak mengubati rindu kat family,, bagi aku, kawan-II aku kat sini adalah keluarga aku,,sebab aku terpaksa berjauhan dari family,,love you all,, <3

Aug 24, 2012

s e n t i a s a d a l a m h a t i a ku..... :)

Assalamualaikum wth..

bila terasa rindu ku sebut nama mu,, haa,,, tiba-II rindu plak kt teetttt... 

sapa ek..?? meh-II aku cerita tentang orang yang aku rindu... :)

yeah!!

hari ni nak cerita tentang permulaan aku bergelar dewasa dan mengajar aku erti keperitan hidup berjauhan dari keluarga,,destinasi permulaan nye segalanya adalah di KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN,
kuala pilah....tak mahu cerita tentang kolej ni sangat,, tp nak cerita tentang sahabat-II yang sentiasa di sisi aku di saat susah senang nye aku di sana,, 

nah...... <3 <3 

1. ni lah adalah member praktikum aku yang 1st,,DIAP5,, di sebab kn dlm 1 praktikum cume sikit je student,, so,, kami terpaksa berpisah,, soob soob,, T.T sangat sedih tau,, sebab kami dah mula kamceng,, & ikatan tuh dah erat dah,, ade yg pindah ke modul lain,, so dah sgt jarang lah jumpe,,


<<lihat lah muka-II ceria kami>>

walaupon jarang jumpe,, events yang penting kita tak lupa wat,, cam berjoging sama-II, sambut birthday, & buka puasa sama-II,, sangat indah kenangan tu,, kan? :)






 2. alhamdulillah.. selepas kami pecah praktikum,, aku dapat member baru yang terbaik,, yes,, sudah semestinya DIAP1,, :) always jd yg pertama, sikap korang yg humble & suka tlg kwn-II wat kan kita jadi yang terbaik di antara yang lain,, 




<<kau sentiasa dalam ingatan aku>>

3. dan inilah yg terakhir sekali,, lau nak cerita tentang KEMBAR  aku ni,, tak habis 1 hari,,, aku sayang dia sangat,, :) walaupon cerita tentang KEMBAR aku ni yang terakhir,, tp dia tetap yang pertama dalam ingatan aku bila aku teringat tentang KMNS,, 




thanks you all yg membahagiakan hari-II aku,, & for you information,, 
walaupon aku belajar di tempat baru,, semua barang-II ni aku angkut pi kolej,,
sebab always ingat kat korang..
hanya Tuhan je tau camne pasaan aku dulu kini dan selamanya,,
cuma seketika cuma kita dipertemukan, tapi sangat sukar untuk aku padam kan nama korang dalam ingatan aku,,

btw,, aku doakan korang baik-II ajer kat sana,, berjaya mengecapi cita-II yang korang impikan,,   >.<
amin,,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...