Daisypath Anniversary tickers
Domo-kun Link Select

Jul 27, 2013

bubur pulut hitam

Alhamdulillah,

seronok bersama kawan-kawan lagi dengan membuat bubur pulut hitam pulak,dah berapa lama tunggu saat ni nak buat bubur pulut hitam ni, akhirnya, cuti-cuti macam ni baru dapat buat.. dulu masa kat rumah main order je dekat kakak-kakak aku nak makan apa,, rupa-rupanya tak lah susah nak masak ni kan..haha.. tu lah,,sapa suruh otak tu set masak tu susah! fikir nanti dah kahwin ti baru nak belajar masak memasak ni, benda-benda ni sepatutnya kena belajar dari sekarang la akk oit,, otak aku je set memasak ni susah, kesudahnya nak masak pun kekok,, now aku mula menjinak-jinakkan diri untuk memasak,, tapi yang pelik nya, aku lebih tertarik untuk masak-masak benda selain dari lauk pauk,, dah tu tiap-tiap hari takkan nak makan kuih or bubur je kot,, ah sudah, susah jugak camni!! -_-' oke-oke,, tak pelah,, kita belaja benda-benda yang simple dulu yer,, hehe

bubur pulut hitam:

bahan-bahan

beras pulut hitam
santan
gula merah
gula pasir
daun pandan(kalau tak ada pun tak apa)
air secukupnya

1. basuh dulu beras pulut hitam, rebus sehingga kembang.
2. bila dah kembang, tapis, dan buang air rebusan tadi
3. rebus sekali lagi dengan air secukup nya, masukkan gula pasir, gula merah secukupnya, rasa lah dulu yer, ada orang tak suka manis sangat, ada orang suka sangat manis-manis.
4. bila rasa semua dah cukup, masukkan daun pandan agar bau wangi lah nanti bubur tu

*pastikan minyak tak naik kepala masa buat bubur ni*

sedia untuk dihidangkan

hanya itu yang termampu, ~MAAF~

Hati ni terasa sebak sangat, tadi telefon mak lepas sahur, sebab semalam tak sempat telefon, borak-borak kosong cerita pasal beli baju raya. Yang nakal nya aku ni saja la usik mak cakap “mak, baju raya ija tak da belikan ke” hehe. Pas tuh mak cakap, “ija kan dah beli baju raya haritu”

Alhamdulillah, nasib baik aku beringat awal untuk tempah baju haritu, rupa nya ada hikmah.. n now sejak dah start kelas banyak pulak kena guna duit, setelah ditolak semua nya, perbelanjaan aku cukup-cukup sampai hujung bulan..elaun yang aku dapat ni macam air je aku rasa keluar, huh! Oke, duit sangat penting sebenarnya zaman sekarang ni..

Lagi sebak mak tanya harini tak keluar ke, kan cuti, aku cakap lah tak keluar pun, dah tu mak balas, lau tak keluar jalan kenapa tak balik rumah je,,, dalam hati aku sumpah terasa sebak,, mak,, anak mak ni bukan tak nak balik, tapi perbelanjaan telah di agih-agih kan untuk belanja tuk kegunaan belajar, tiket nak balik raya dah beli, jadi tiket tuk minggu ni tak dapat di list kn sebagai kegunaan sebab anak mak dalam kesulitan,, maaf sangat-sangat mak.. mungkin mak nak berpuasa dengan anak-anaknya, tapi aku pulak tak balik,, emmm,, T.T mungkin aku ni seorang anak yang tak berguna,,


Dengan berhati-hati aku menyusun ayat menyatakan aku tak dapat balik rumah sebab assignment banyak sangat.. hanya tu yang terlintas kat fikiran aku, sumpah aku rasa bersalah..tapi hanya ni yang aku mampu lakukan,, harap dosa aku dapat diampunkan oleh Mu, Ya Allah.. 

Jul 21, 2013

bubur biji nangka + pengat pisang

Assalamualaikum..

hari ni dah masuk hari ke 11 berpuasa di bulan RAMADHAN.. alhamdulillah.. sem ni aku ceria disamping sahabat-sahabat aku.. ha, berbuka hari ni, kitorang buat BUBUR BIJI NANGKA dan PENGAT PISANG.

Alhamdulillah, dapat aku belajar benda baru,  sebelum ni lau ada kat rumah, main order je nak makan apa, nanti mak aku yang buat kan, tak pun kak chik yang buat kan, manja giler... !!

seronok sangat dapat main masak-masak dengan sahabat-sahabat aku kat sini.. ^_^ walaupun ada kelas siang tadi, balik kul 5.. penat jugak la, tapi dek kerana semangat untuk buat bubur biji nangka dengan pengat pisang, kami gagahkan diri untuk bergotong royong sama-sama untuk masak..








eh eh,, magic egg.. apakah itu?? hari ni dah masuk hari ke 3 dengan magic egg... nak tahu x apa tu MAGIC EGG...?? nanti aku story, la ni aku nak pi buat kerja dulu.. >.< tata

Jul 20, 2013

cinta pada KITA

lagu KITA dari forteen ost SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA

actually aku tak tengok pun cerita tu, tak tahu apa yang best, mungkin tak tengok cerita tu dari awal membuatkan aku kurang rangsangan untuk mendapat kan ENDING cerita tu..hahaha member cakap best...yeke??? next time la aku tengok,,

hero yang diperkatakan dalam cerita tu,, sapa ek,, IZZUE ISLAM ?? tapi aku,?? tak rasa pape pun bila dengar nama tu,, nampak kan di situ,, aku tak terlalu fanatik ngan benda-benda ni bagai.. huurrmm

tapi...

aku dah terjatuh hati dengan lagu KITA,

opss,, ini semua ISTIQAMAH punya pasal, dia ni member sekelas aku, dia la yang suh aku dapatkan lagu ni, 1st dapat aku wat tak tahu je, anggap lagu ni biasa-biasa je,,haha,, POYO..!! after seminggu dengar lagu tu, aku tergoda dan jatuh cinta ngan lirik nya,, aiseyyhh,, JIWANG JIWANG JIWANG,, lagu yang diminat atas kerana LIRIK..

kau renunglah wajahku
d imanakah hilangnya
raut seperti dulu
bila di cemar air mata
ku tak mahu berpisah 
kerana hati masih
sayang pada dirimu
tapi harapan makin kabur

manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
sepi walaupun bila bersama
dekat pun tetapi berjauh hati
manakah kita bila sering bertentangan sahaja 
walaupun bibir cuba menafi
hakikat percaya tanya dengan jujur manakah kita
di jiwa ku sengsara menanggung derita
kerana cinta berubah tapi tak mahu kehilanganmu



thats it,,, lepas ni lagu ni akan jadi TOP 3 dalam list mainan lagu harian aku dengar. >.<  harap fon aku tak hang... oke lah,, aku nak pi sambung dengar lagu ni ha..

Jul 14, 2013

busy

Assalamualaikum

>.< diam tak diam, dah msuk sem baru dah aku ni, banyak gila nak share cerita, tapi keadaan tak mengizinkan, yang ni pun duk jenguk-jenguk jap untuk mengupdate, COMMUNITY salah satu perkara yang mencabar bagi aku, sem ni aku kena hadap,,,huuuaaa,,



assignment memang tak yah cakap,, banyak gilak,,,

tapi demi untuk kebaikan, akan aku usahakan


ok.. masa untuk rehatkan badan sebelum kena penyakit akibat kurang rehat, baik aku rehat dulu,,
 nanti aku sambung cerita lain kali,,,sekian....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...