Domo-kun Link Select

Apr 4, 2013

pengalaman di labour room part 2 + tips

hai, how are you? Entry yang lepas aku duk cerita pasal baby.. hari ni mahu bercerita mengenai bersalin,, nak kata aku pernah bersalin ke? Hisshhh,, no lah,,,, aku menyaksikan sendiri proses bersalin yang melalui 3 peringkat untuk bersalin.

Peringkat pertama

bermula dari kontraksi yang progresif hingga pembukaan os serviks di mana kontraksi uterus yang regular dan beritma hingga pembukaan os serviks sepenuhnya(10cm).

: : Langkah-langkah mudah berikut mungkin cukup untuk anda mempergiatkan perjalanan kelahiran anda:

-  Cuba teknik-teknik pernafasan atau relaks jika anda teramat cemas.

- Minta teman bersalin untuk urut belakang anda dengan tegas, atau kaki anda jika anda sedang duduk atas kerusi. 

- Jika anda ingin mengelakkan daripada disentuh, cuba dengar muzik yang menenangkan.

- Makan dan minum mengikut keperluan (ambil snek seperti roti bakar) dan minum air atau minuman isotonik supaya anda tidak ternyahhidrat. Walau bagaimanapun, kebanyakan hospital tidak menggalakkan ini dan hanya membenarkan beberapa teguk air tawar sebab mereka tidak mahu perut anda menjadi penuh sekiranya anda akan memerlukan surgeri untuk (kelahiran caesarean). Berbincanglah dengan doktor semasa satu daripada janji temu antenatal anda.

Peringkat kedua

bermula dari pembukaan serviks sepenuhnya(10cm) hingga bayi dilahirkan.

: : ibu perlu menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Jangan sekali-kali angkat punggung semasa meneran. Ini untuk mengelakkan berlaku koyakan besar pada bahagian perineum anda. Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda. Ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

Peringkat ketiga

Bermula dari masa bayi dilahirkan sehingga plasenta dan membran atau pun disebut uri di keluarkan.

: : selepas bayi dah keluar, anda tidak perlu meneran lagi, plasenta akan dikeluarkan dengan dengan cara terkawal (control cord traction) untuk mengelakkan uterine prolapse.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...