Domo-kun Link Select

Mar 27, 2013

pengalaman di labour room part 1


Pernahkah anda melihat kelahiran secara live di depan mata, bukan tengok video ye. bagi yang belaja medic, mungkin la ada kan pengalaman tu? Perasaan masa tu? Hanya orang yang dah merasai dapat huraikan betapa seronok nya dapat tengok kelahiram baru di depan mata. As a student nurse, aku tak di benar kan untuk menyambut kelahiran bayi tu pun, almaklum lah, kami belum berpengalaman lagi untuk kendalikan kes berkaitan ibu dan anak yang bakal dilahirkan, dan yang yang paling penting, ini pengalaman baru aku.

tapi, apa yang aku nak highlight kan pengalaman aku pada minggu pertama kat O&G clinical area adalah sewaktu membersihkan baby yang baru je lahir,! Ada darah-darah lagi kat baby tu tau. Perasaan aku.?? Pergh,, teruja, excited, gementar, takut, berani, penuh rasa nak mencuba and last, rasa nak ada anak,,hahaha (habis kan belaja dulu na)

oke.! Nak duk bercerita, kami memang susah nak dapat pengalaman buat ‘top and tail’  baby kat labour room, ada lah banyak sebab juga kan, baby baru lagi, bagi kami yang baru duk belaja, baik buat ‘top and tail’ kat wad je, sebab masa tu baby dah kuat sikit la orang cakap an,,, nak dipendekkan cerita, Cuma 3 orang je yang bernasib baik pada hari tu untuk buat ‘top and tail’ pada bayi…and alhamdulillah, aku tercalon dalam orang ke 3 tu,,

1st, kak jue punya turn, 2nd, kak kiew, and last, aku, siapa cepat dia dapat la kan,,huahuahua

Sampai turn aku, wow! Baby boy lah. tengok baby, ada darah, kesejukan, lagipun dalam tu memang sejuk pun, aku pun menjalankan prosedur dengan berhati-hati and pantas, tapi atas tunjuk ajar dan bantuan puan aku juga la, kalau dia tak buat cam tu, nahas, aku pun terketar-ketar, mula-mula cuci muka dulu lah kan, tengok je muka baby tu, suci nya, bersih dari dosa, rasa tenang je dapat tengok baby tu,lau nak dibanding kan ngan aku yang banyak dosa, muka pun nampak bermasalah je. :’( insaf sekejap. then cuci badan pulak, cuci juga cord dia, putih lagi, agaknya macam ni la tali pusat aku masa baru lahir kan, hhmm,,  sambil tu aku kena lakukan pemerhatian juga kat bayi tu, sama ada terdapat keabnormalan, tu amat penting dalam tugas jururawat, selesai bersihkan seluruh badan bayi,



Dah duk siap bersihkan baby, masa untuk pakai kan baju untuk baby,, di sebabkan terlalu sejuk dalam tu, aku tak dapat tetap kan tangan aku dengan elok, so terikat kan baju baby longgar, then masa buat pemerhatian refleks ke atas baby, baju tu terbuka lah, apa lagi,puan duk tepuk la tangan aku,sambil marah “anak dara, pakai kan baju baby pun tak betul”, adoi! Sakit la puan! Dalam hati aku “puan, saya baru belajar,dah nama anak dara, mestilah tak biasa pegang baby ni, lainlah kalau saya dah kahwin,,kikiki”, Hishh,, tapi tak pe, tu pengajaran tuk aku, lepas ni walau macam mana keadaan aku, aku harus pastikan pesakit aku sempurna, insya-Allah.

aku yakin pasti boleh buat, yes! Aku berjaya akhirnya! Mungkin bagi orang yang dah berpengalaman, ia kerja mudah je, tapi bagi aku yang kali pertama pegang bayi yang baru beberapa minit dilahirkan, sumpah, gementar..

amacam? 
nak tahu pengalaman lain lagi tak??
Nantikan episod yang akan datang…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...