Domo-kun Link Select

Nov 12, 2013

happy isnin :)

Assalamualaikum...
Minggu exam.. orang duk sibuk study aku pulak pi menyetelkan masalah dekat Shah Alam dengan  CIK PUAN MIRA & ENCIK ABANG.

Kami gerak kul 3 petang.. Alhamdulillah cuaca cerah dan panas, akibat daripada cuaca tu juga, kami bagai rasa mandi sauna dalam kereta, fuhhh! Nasib baiklah air cond kereta kuat. Lau tak, sampai shah alam kitorang mandi peluh lah gamaknya,,

Tengah syok-syok layan dengar lagu dalam kereta tak sabar pergi tempat yang ingin di tuju, sampai la kami  tol keluar,, dalam hati gembira sebab menghampiri tempat yang nak dituju.. hheeemm,, malang betul tak berbau, bila nak start balik gerak, ada rasa gegaran dalam kereta, adoi,, tak kan la mira kat belakang main lompat-lompat plk,,huhu, aku pandang mira kat belakang, mira pandang aku,, berpandang mata, sambil soal menyoal tentang gegaran tuh!! Dengan cekapnye cik abang terus bagi signal, berhenti kat bahu jalan,,, pppuuuuffftt!! Ya Allah,, tayar kereta pecah rupanya… nasib baik la ada tayar spare..




Aku duk payungkan, mira duk memerhati cik abang duk berpeluh,, kesian awak encik abang.. berpeluh-peluh pulak... pape pun you are my hero! :-*
Oke itu adalah pengalaman yang sebenar bagi aku, baru aku tau macam mane nak tukar tayar uh.. ^_^ selama ni tak tau pon.kesian T.T

Akhir nya kami tiba di tempat yang ingin dituju dengan selamat....alhamdulillah.... then...





Sempat jugak kami lepak di sini, Tasik Shah Alam... Hai nyaman je udara kat sini. Harap pas ni dapat pergi lagi kat sini..

Sememang nya aku penat sangat dan sangat penat… pengalaman oh pengalaman.. okelah penat sanngat nak rehat dlu,,,  J

Nov 11, 2013

pada hari itu..??

Hari Jumaat punya cerita, Jumaat bersamaan dengan penghabisan bagi paper surgical nursing iv (NSND 2212).  Mujur lah paper surgical lagi senang sikit dari paper medical,, that’s why I love surgical more than medical paper.! ^_^ selepas paper surgical, ketua duk khabau semua kena tunggu depan auditorium..ambik gambar katanya! Ambik gambar? Yeehaa.. I like.. <3 aku pun apa lagi, bergegas je terus pi toilet (sorry, nak touch up sikit even aku tau nanti mesti muka aku tak nampak sebab dah ramai-ramai T.T hahaha)

Nah ambik nih cuba cari mana aku??



Ala, dah susah-susah sangat nak nampak muka aku, baik aku ambik gambar sendiri, hehe!! :-P




Petang-petang memang dah planning nak menghabiskan telur yang aku beli hari tu. Apa lagi, main masak-masak ala2 orang bujang, yummy-yummy,,, NASI GORENG KAMPUNG MASLIZAH DAN MIRA ATIRA.. 
antara bahan-bahan yang digunakan








amacam? ada macam special tak?? mengiurkan tak?? haha ^_^

Nov 6, 2013

Mood Exam

Assalamualaikum...
esok bersamaan 7.11.2013 akan bermula exam final yang ku nanti-nantikan selama ni..cehh! di nantikan ke?? insyaAllah.. aku boleh lakukan, usaha yang selama ni aku buat, akan membuahkan hasil, insyaAllah.. SPM bermula hari ni,exam aku pulak mula esok,, hai,, memang minggu exam je la nampak nya 1 dunia ni.. ^_^

tadi call kembar@NUR IZZATI RAMLI. dah lama tak dengar cerita pasal dia, alhamdulillah ikatan murni masih lagi erat terjalin walaupun kami jauh. sorang di Terengganu sorang lagi kat Sungai Buloh. T.T jauh kan... masing-masing pulak busy dengan study.. just dapat text je..nak borak-borak jarang..

masa nak exam ni lah aku dapat dugaan hebat. dihina oleh insan yang tak tahu cerita sebenar,, fitnah di mana-mana.. aku bersyukur atas dugaan yang diberikan, ia mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan, ramai kawan-kawan cakap aku terlalu berlembut, terlalu bersabar sangat.. ya! sikap tu yang mak ayah aku dah didik sejak kecik. but dengan dugaan yang aku terima hari ni, aku belajar menjadi seorang manusia yang kuat dan tegas. tapi dalam masa yang sama ada lembut nya..

oke dah.. tak mau spoil mood.. POSITIF KAN DIRI.. insyaallah hidup akan maju..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...