Daisypath Anniversary tickers
Domo-kun Link Select

Jul 9, 2014

andai itu takdirnya





sejak dari hari tu,
setiap luahan kau, aku sangat tersentuh sampai menitik airmata,
sebelum ni aku yang buta? ataupun Dia yang menguji segalanya...
kehadiran kau yang dulu tidak aku endah,
hanya sekilas pandang sahaja.!
kini bila kita dewasa...
terungkai segala..
aku yang bodoh..
sebab tak nampak semuanya di depan mata..
tapi aku tak boleh kembali seperti dulu,
ada banyak hati yang perlu aku jaga,
hati si dia, hati keluarga,
sebab terlalu pasti dia Imam yang akan menjaga ku kelak..

Ya Allah,
dugaan apa kali ni?
setelah bertahun-tahun baru ucapan tu keluar dari mulut.
walau tak jelas seperti yang aku harapkan.
tapi aku faham maksud nya...
sememang nya aku sangat lemah bila terfikir kan tu semua!!


Jun 22, 2014

Rasa di hargai

di keheningan petang, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..malas nya nak balik asrama..

tapi hati dah teringat pada pesakit kat wad, Rindu pada sorang pesakitt yg bernama Kamaladevi :)

melalui mesej yang dia bagi haritu, Alhamdulillah dah discaj dah ia dari wad. teringat pula ayat ia,

" u semua baik lah misi, terima kasih jaga kami di sini"

Alhamdulillah, bila sahaja dengar ayat yang keluar dari mulut dia sebelum aku balik kerja, semangat ku yang selama ni hampir goyah menjadi sorang jururawat semakin membara. dulu nya goyah kerana dek cerita dan pandangan pada masyarakat pada kerjaya seperti aku ni. banyak dugaan. i will do my best.

well. tak semua orang akan hargai tugas jururawat ni. tapi banyak duk mengata je. tak semua perfect, bila ada sorang dua yang buat hal habis semua kena tempias. ada jugak yang menghina dan mencaci tanpa rasa bersalah...

#dengarlah wahai masyarakat diluar sana, tugas kami ini adalah tugas mencabar. kami juga punya hati dan perasaan, jauh di sudut hati kami memang menginginkan semua pesakit-pesakit kami sembuh dengan baik. layanan yang kami beri telah kami lakukan sehabis baik. kamu hanya nampak dari luaran, sudah menilai buruknya. cuba kalau kamu berada ditempat kami?

#tapi tak semua masyarakat sama berfikiran negatif, yang hargai kami kami rasa amat bersyukur sangat. sekurang-kurangnya, kurang penat lelah kami selama kami menjaga pesakit di wad bila dengar penghargaan dari orang-orang diluar sana.

teringat ayat lecture aku. SAYANGI DAN RAWAT PESAKIT IBARAT IA  KELUARGA KITA..!

Kesian Afif

Hi Sunday..
Hi evelibedi..

hari ni macam hari-hari yang sebelum ni. rutin harian masak mengemas dan jaga anak buah kesayangan. amsyar dan afif.
bosan gak kan lau jadi surirumah sepenuh masa sebab asyik wat rutin harian yang sama?
hari ni rajin terlebih sikit nak kemas baju-baju lama yang dah guna masa zaman purba kecik-kecik dulu.
kemas punya kemas aiyak wa terjumpa ini balang lo terlipat bagus dalam sampul...
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

total RM190

hahaha..untung tak untung. upah la tu nama nya kan. buat baik dibalas baik. kan tu dah terbukti. tak sia-sia hari ni duk mengemas rumah. dapat hadiah... ^_^
tapi semua tu aku tak telan sorang-sorang la tau. aku ambik sikit, dan selebihnya aku bagi mak untuk buat kenduri nanti.

#Allah akan balas setiap perbuatan baik yang kita lakukan. ingat tu. In Shaa Allah...

fuhhh...

dapat durian runtuh la katakan.. tersandar sekejap kat kusyen rumah.
tiba-tiba terfikir wide shawl yang aku bawak balik dari hostel, aku duk letak baik-baik dalam beg. ermm,, nak bagi kak lang la, sebab dia cakap nak wide shawl hitam putih. aku pun ape lagi. pi lah bagi kat kak lang. afif anak pertama dia pula ade kat situ. -----jeng jeng jeng------ aku dah fikir benda nakal dah ni......
terett ttteeeettt teett aku dah berjaya membuat kan afif kelihatan manis bersama wide shawl nya.. hahahaha.. inilah hasilnya..
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

peace!
abang-abang kat luar sana nak kenal tak ngan saya?
comel tak saya?
cantik tak saya?

dah-dah! tak boleh ajar pakai lama-lama. mau dia suka pakai benda ni sampai besar nanti, niaya je aku kat dia ni.kang tak memasal aku yang jadi punca penyebab lau dia nak pakai wide shawl ni lau keluar rumah... ish ish ish..
sempat aku pesan lagi kat dia. "afif tak boleh tau pakai ni lagi, ni untuk perempuan je, orang lelaki tak boleh pakai ni" then, pandai dia jawab "orang lelaki kena pakai songkok kan ateh kan"
ha... bagus! lega aku dengar dia cakap. tau fikir benda yang betul dah anak buah aku ni. bijak bijak... 

#bayi ibarat kain putih. ibu bapa lah yang bertanggungjawab mencorak dan mewarnai untuk menjadi kan hasil kain tersebut. samada nak hasilkan kain tu yang cantik yang berguna untuk orang ramai atau pun sebaliknya..  peace..!!

Mar 23, 2014

Exam mood


Assalamualaikum...
Alhamdulillah cuaca yg cerah hari ni...sejuk2 je rase.. tp tak secerah cuaca dalam hati ni... miss my home.. T.T miss everyone at home...
Esok exam pulak tu.. mmg tak kena la ngan mood skrg ni. Study study study.. akan Ku perjuangkn.. Nah nah nah nah... meh meh meh.. nk pi study yeah... :)
Bismillah..

Posted via Blogaway

Mar 5, 2014

Kek butter



Assalamualaikum.
Nak share resepi kek yang di buat semalam. Alhamdulillah. 1St try. Tapi membuahkn hasil yang puas kat hati ni. :)
Bahan:
Marjerin 1 cawan
Gula pasir 3/4 cawan
Telur 3 biji
Perasa ros 1 sudu teh
Ovalett 1 sudu teh
Tepung qandum 1 caw an
Tepung penaik 1 caw an
Cara:
Kacau Gula dan marjerin dengan mixture sehingga putih.
Masukkan telur. Kacau hingga rata.
Masukkn tepung gandum, tepung penaik, ovelett, perasa ros.
Kacau hingga sebati.
Masukkan warna mengikut kesukaan. Kalau nak buat dua warna. Asingkan siap2 or bahagi dua dalam bekas berbeza. Then bila nak masuk dlm bekas untuk di bakar, masukkan secara selang seli.
Gunakan suhu 120 darjah celcius. Selama 60 minit.

Posted via Blogaway

Feb 22, 2014

Indah mimpi

Sedang terlena mengulit mimpi yang mengasyikkan,
Diri tersedar dari mimpi,
Entah apa yang mengganggu,
Hingga diri lantas tersegar,
Dari keenakan tidur yang berpanjangan,

Diri terkaku terdiam,
Saat bacaan merdu alunan surah dibaca,
Entah dari mana hadirnya,
Menbuatkan aku terpegun.

Ya Allah.
Adakah ini petunjuk Mu,?
Mengalir air mata saat ku hayati nya,
Bait-bait ayat rangkap demi rangkap,
Indah...!
Sungguh merdu...

Sudah lama pintu hati diketuk untuk itu,
Mendekati penghijrahan,
Namun suara-suara yang menghasut
Serta kehendak sendiri menjadi benteng..!

Benar sungguh..!
Musuh yang paling kuat adalah diri sendiri,
Sangat sukar dikawal,
Sangat sukar dimengerti.

Namun aku tidak perlu tewas,
Aku harus bangkit melawan,
Memperkuatkan iman melalui kehidupan yang serba mencabar ini..

#alhamdulillah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...