Daisypath Anniversary tickers
Domo-kun Link Select

Jun 22, 2014

Rasa di hargai

di keheningan petang, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..malas nya nak balik asrama..

tapi hati dah teringat pada pesakit kat wad, Rindu pada sorang pesakitt yg bernama Kamaladevi :)

melalui mesej yang dia bagi haritu, Alhamdulillah dah discaj dah ia dari wad. teringat pula ayat ia,

" u semua baik lah misi, terima kasih jaga kami di sini"

Alhamdulillah, bila sahaja dengar ayat yang keluar dari mulut dia sebelum aku balik kerja, semangat ku yang selama ni hampir goyah menjadi sorang jururawat semakin membara. dulu nya goyah kerana dek cerita dan pandangan pada masyarakat pada kerjaya seperti aku ni. banyak dugaan. i will do my best.

well. tak semua orang akan hargai tugas jururawat ni. tapi banyak duk mengata je. tak semua perfect, bila ada sorang dua yang buat hal habis semua kena tempias. ada jugak yang menghina dan mencaci tanpa rasa bersalah...

#dengarlah wahai masyarakat diluar sana, tugas kami ini adalah tugas mencabar. kami juga punya hati dan perasaan, jauh di sudut hati kami memang menginginkan semua pesakit-pesakit kami sembuh dengan baik. layanan yang kami beri telah kami lakukan sehabis baik. kamu hanya nampak dari luaran, sudah menilai buruknya. cuba kalau kamu berada ditempat kami?

#tapi tak semua masyarakat sama berfikiran negatif, yang hargai kami kami rasa amat bersyukur sangat. sekurang-kurangnya, kurang penat lelah kami selama kami menjaga pesakit di wad bila dengar penghargaan dari orang-orang diluar sana.

teringat ayat lecture aku. SAYANGI DAN RAWAT PESAKIT IBARAT IA  KELUARGA KITA..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...