Domo-kun Link Select

Jul 27, 2013

bubur pulut hitam

Alhamdulillah,

seronok bersama kawan-kawan lagi dengan membuat bubur pulut hitam pulak,dah berapa lama tunggu saat ni nak buat bubur pulut hitam ni, akhirnya, cuti-cuti macam ni baru dapat buat.. dulu masa kat rumah main order je dekat kakak-kakak aku nak makan apa,, rupa-rupanya tak lah susah nak masak ni kan..haha.. tu lah,,sapa suruh otak tu set masak tu susah! fikir nanti dah kahwin ti baru nak belajar masak memasak ni, benda-benda ni sepatutnya kena belajar dari sekarang la akk oit,, otak aku je set memasak ni susah, kesudahnya nak masak pun kekok,, now aku mula menjinak-jinakkan diri untuk memasak,, tapi yang pelik nya, aku lebih tertarik untuk masak-masak benda selain dari lauk pauk,, dah tu tiap-tiap hari takkan nak makan kuih or bubur je kot,, ah sudah, susah jugak camni!! -_-' oke-oke,, tak pelah,, kita belaja benda-benda yang simple dulu yer,, hehe

bubur pulut hitam:

bahan-bahan

beras pulut hitam
santan
gula merah
gula pasir
daun pandan(kalau tak ada pun tak apa)
air secukupnya

1. basuh dulu beras pulut hitam, rebus sehingga kembang.
2. bila dah kembang, tapis, dan buang air rebusan tadi
3. rebus sekali lagi dengan air secukup nya, masukkan gula pasir, gula merah secukupnya, rasa lah dulu yer, ada orang tak suka manis sangat, ada orang suka sangat manis-manis.
4. bila rasa semua dah cukup, masukkan daun pandan agar bau wangi lah nanti bubur tu

*pastikan minyak tak naik kepala masa buat bubur ni*

sedia untuk dihidangkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...