Domo-kun Link Select

Jul 27, 2013

hanya itu yang termampu, ~MAAF~

Hati ni terasa sebak sangat, tadi telefon mak lepas sahur, sebab semalam tak sempat telefon, borak-borak kosong cerita pasal beli baju raya. Yang nakal nya aku ni saja la usik mak cakap “mak, baju raya ija tak da belikan ke” hehe. Pas tuh mak cakap, “ija kan dah beli baju raya haritu”

Alhamdulillah, nasib baik aku beringat awal untuk tempah baju haritu, rupa nya ada hikmah.. n now sejak dah start kelas banyak pulak kena guna duit, setelah ditolak semua nya, perbelanjaan aku cukup-cukup sampai hujung bulan..elaun yang aku dapat ni macam air je aku rasa keluar, huh! Oke, duit sangat penting sebenarnya zaman sekarang ni..

Lagi sebak mak tanya harini tak keluar ke, kan cuti, aku cakap lah tak keluar pun, dah tu mak balas, lau tak keluar jalan kenapa tak balik rumah je,,, dalam hati aku sumpah terasa sebak,, mak,, anak mak ni bukan tak nak balik, tapi perbelanjaan telah di agih-agih kan untuk belanja tuk kegunaan belajar, tiket nak balik raya dah beli, jadi tiket tuk minggu ni tak dapat di list kn sebagai kegunaan sebab anak mak dalam kesulitan,, maaf sangat-sangat mak.. mungkin mak nak berpuasa dengan anak-anaknya, tapi aku pulak tak balik,, emmm,, T.T mungkin aku ni seorang anak yang tak berguna,,


Dengan berhati-hati aku menyusun ayat menyatakan aku tak dapat balik rumah sebab assignment banyak sangat.. hanya tu yang terlintas kat fikiran aku, sumpah aku rasa bersalah..tapi hanya ni yang aku mampu lakukan,, harap dosa aku dapat diampunkan oleh Mu, Ya Allah.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...