Domo-kun Link Select

Dec 11, 2012

cuti semester,,, masam+manis,,,

hai kamu disana,

hari ni aku nak cerita pasal kenangan aku balik ke melaka sensorang, then kena pulak duduk di antara dua mamat yang warna kulitnya amat kontra, sorang china, sorang lagi negro.fuhH!

1Disember aku dah start cuti sem, sebenarnya memang plan aku nak balik rumah sabtu pagi tu, tapi entah kenapa otak biol aku berkata-II nak balik awal, mungkin sebab dah tak selesa dengan bilik, bilik dah kosong, semua barang dah angkut masuk store untuk sem akan datang, then cadar pon aku dah simpan, tidur atas katil tak de alas, tu sebab aku tak selesa, memang rasa duduk tempat tah apa-II jelah! so, aku decide, tetap nak balik jumaat malam tu jugak! kalau sem lepas balik cuti sem, along aku amik aku kat kolej, tapi kali ni aku cuba nak belajar berdikari, kawan-II aku boleh je balik sendiri sorang-II, kenapa aku tak boleh kan? kena cuba belajar berdikari! (manja betol! gedik larr)huhuhhuhu

ok! sambung semula cerita pasal aku kena duduk di antara dua mamat.. sampai je kat TBS, pukul 8 masa tu, aku tanpa berlengah lagi pergi kaunter tiket, dengan harapan tiket ada lagi, tak mahu lah kena macam hari tu, kena balik kolej semula gara-II tiket habis,, serik aku..!! sampai di kaunter:

"kak tiket pukul 9 ada tak?"

"ada. rm9(bas delima)"

"bas transnasional ada tak kak?"

(aku nak naik bas transnasional sebab akan keluar tol ayer keroh, sampai rumah awal sikit)

"ada dik, tapi seat belakang sekali tau"

(mestilah nak, tak kisah lah duduk belakang cam naik kuda ke apa ke, selalu nya duduk belakang seat tak ramai beli, dengan harapan aku sorang je lar yang ada kat belakang,, boleh buat kuak lentang, hahaha,,
yang penting nak sampai rumah cepat,)
tanpa berlengah...

"oke lar kak, nak yer"

"rm12.++"

(dalam hati aku, sama je ke melaka tapi awat mahai nau) gggrrr,,, tak pe-II,, nak sampai rumah awal punya pasal)

sementara menunggu bas, borak-II dengan member yang kebetulan nak balik JB, saja sakat-II dia bas dia sampai lambat, kira aku jalan dulu ar tinggalkan dia,

tup-II,,, bas aku pulak lambat,, pergghhh! sengal la,,, lambat 1/2 jam pulak tu,,

sabar je la aku..

ketibaan bas.........



naik bas dengan muka penuh berharap aku sorang je duduk seat paling belakang...


sampai je depan seat 9B..gguullppp..berdiri betul-II dihadapan seat aku, pandang kiri, alamak,! negro.. pandang kanan, alamak,! cina,, wuuuaargghh,, tak kisah kalau dia perempuan,, tapi yang aku kisah dia lelaki,, aku dah lah pemalu...
duduk je seat dengan muka selamba, sebenar nya muka dah menebal,, sumpah aku gentar!
-ambil "hati" si dia bagi, peluk!-   -_-'




sumpah sepanjang perjalanan aku tak boleh tidur,! mamat cina tidur lena dah, mamat negro, tengok movie! movie apa aku tak ambil port, yang penting dia tak kacau aku, n aku tak kacau dia,, mujur lah mereka tak nakal,, :) Alhamdulillah,,

perjalanan yang macam biasa. kurasa kan sangat bosan+jauh+lembap+lama... ggrr,,,,,

~kata hati~

pengalaman baru menjadi kan aku semakin kuat,, insyaAllah,, :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...