Daisypath Anniversary tickers
Domo-kun Link Select

Mar 27, 2013

pengalaman di labour room part 1


Pernahkah anda melihat kelahiran secara live di depan mata, bukan tengok video ye. bagi yang belaja medic, mungkin la ada kan pengalaman tu? Perasaan masa tu? Hanya orang yang dah merasai dapat huraikan betapa seronok nya dapat tengok kelahiram baru di depan mata. As a student nurse, aku tak di benar kan untuk menyambut kelahiran bayi tu pun, almaklum lah, kami belum berpengalaman lagi untuk kendalikan kes berkaitan ibu dan anak yang bakal dilahirkan, dan yang yang paling penting, ini pengalaman baru aku.

tapi, apa yang aku nak highlight kan pengalaman aku pada minggu pertama kat O&G clinical area adalah sewaktu membersihkan baby yang baru je lahir,! Ada darah-darah lagi kat baby tu tau. Perasaan aku.?? Pergh,, teruja, excited, gementar, takut, berani, penuh rasa nak mencuba and last, rasa nak ada anak,,hahaha (habis kan belaja dulu na)

oke.! Nak duk bercerita, kami memang susah nak dapat pengalaman buat ‘top and tail’  baby kat labour room, ada lah banyak sebab juga kan, baby baru lagi, bagi kami yang baru duk belaja, baik buat ‘top and tail’ kat wad je, sebab masa tu baby dah kuat sikit la orang cakap an,,, nak dipendekkan cerita, Cuma 3 orang je yang bernasib baik pada hari tu untuk buat ‘top and tail’ pada bayi…and alhamdulillah, aku tercalon dalam orang ke 3 tu,,

1st, kak jue punya turn, 2nd, kak kiew, and last, aku, siapa cepat dia dapat la kan,,huahuahua

Sampai turn aku, wow! Baby boy lah. tengok baby, ada darah, kesejukan, lagipun dalam tu memang sejuk pun, aku pun menjalankan prosedur dengan berhati-hati and pantas, tapi atas tunjuk ajar dan bantuan puan aku juga la, kalau dia tak buat cam tu, nahas, aku pun terketar-ketar, mula-mula cuci muka dulu lah kan, tengok je muka baby tu, suci nya, bersih dari dosa, rasa tenang je dapat tengok baby tu,lau nak dibanding kan ngan aku yang banyak dosa, muka pun nampak bermasalah je. :’( insaf sekejap. then cuci badan pulak, cuci juga cord dia, putih lagi, agaknya macam ni la tali pusat aku masa baru lahir kan, hhmm,,  sambil tu aku kena lakukan pemerhatian juga kat bayi tu, sama ada terdapat keabnormalan, tu amat penting dalam tugas jururawat, selesai bersihkan seluruh badan bayi,



Dah duk siap bersihkan baby, masa untuk pakai kan baju untuk baby,, di sebabkan terlalu sejuk dalam tu, aku tak dapat tetap kan tangan aku dengan elok, so terikat kan baju baby longgar, then masa buat pemerhatian refleks ke atas baby, baju tu terbuka lah, apa lagi,puan duk tepuk la tangan aku,sambil marah “anak dara, pakai kan baju baby pun tak betul”, adoi! Sakit la puan! Dalam hati aku “puan, saya baru belajar,dah nama anak dara, mestilah tak biasa pegang baby ni, lainlah kalau saya dah kahwin,,kikiki”, Hishh,, tapi tak pe, tu pengajaran tuk aku, lepas ni walau macam mana keadaan aku, aku harus pastikan pesakit aku sempurna, insya-Allah.

aku yakin pasti boleh buat, yes! Aku berjaya akhirnya! Mungkin bagi orang yang dah berpengalaman, ia kerja mudah je, tapi bagi aku yang kali pertama pegang bayi yang baru beberapa minit dilahirkan, sumpah, gementar..

amacam? 
nak tahu pengalaman lain lagi tak??
Nantikan episod yang akan datang…

Feb 16, 2013

kerana 6 tahun lalu menemukan aku dan dia

permulaan yang singkat, antara aku dan kau,
tak pernah terlintas,
hanya 1 soalan
"ada tak puas hati ngan aku ke"
thats question,
buatkan kau renggang dari aku,
buatkan kau nak jauh,
adakah berkaitan dengan apa yang pernah kau katakan sebelum ni,
tentang hati,
ya! kerana hati,
thats mean,
kau mengalah kerana aku punya si dia,
terima kasih sahabat,
kau lah sahabat aku,
tiada ku duga, perasaan dari awal perkenalan, hingga ke hari ini,
kau simpan dan jaga,
tanpa aku sedar kehadiran kau,
memberi aku senyuman, memberi aku tawa, tanpa tangisan.
tapi, aku punya si dia yang buka pintu hati aku,
maaf atas segalanya.....
aku harap kau lah sahabat aku selamanya.

:)

Feb 15, 2013

introduce myself, never too late :)

my name is maslizah, people who know me very well love to call me ija, dont know how they can  get the name, so, its up to you want to call me mas or ija, :)

aku sayang family aku,
aku sayang kawan-II aku,
tapi,
seriously,
macam mana tah nak tunjukkan,
aku tak tahu,
tak tahu macam mana nak caring,
tak tahu macam mana nak "kepoh",
tak tahu macam mana nak share apa yang aku rasa,
kat dorang yang aku sayang dorang,
especially,
my family,
i love all of them,
aku ego? yeah! maybe,
but, aku tetap aku,
tiada yang dapat mengubah aku,
kerana ini adalah diri aku,
aku adalah aku,
and now,
aku cuba bangkit perbaiki diri,
belajar apa yang patot aku belaja,
not for me only,
but, for all my "sayang"
parents, family, friends,
and the love one.. :)

Feb 12, 2013

merindui mu

ayah,
saat ini anakmu ini merindui kamu,
ingin ku rasa pelukan erat seorang insan bergelar AYAH,
tak puas ku rasa kasih dari mu,

ayah,
aku cemburu pada insan-insan yang dapat memeluk erat ayah nya,
aku cemburu pada mereka yang bercerita hal ayah nya,
sesungguhnya pada ketika itu,
hatiku sering teringatmu,

Ya Allah, redha kan lah hati ku ini,
dengan segala ketentuan,
sesungguhnya, Kau lebih menyayanginya.

Ampuniku Ya Allah kerana sering alpa,
dengan segala ketentuan-Mu,
aku hanyalah seorang hamba-Mu yang lemah,
dalam menempuh kehidupan yang mencabar ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...