Daisypath Anniversary tickers
Domo-kun Link Select

Jun 20, 2013

naik satu tangga :)


Assalamualaikum

diam tak diam, kini aku dah tamat semester 3, tak lama lagi dah masuk semester 4, alhamdulillah, result semester 3 adalah paling tinggi. ^_^  suka tak terkata, aku ingat kan aku tak dapat naik sem sebab result aku masa mid sem test teruk sangat, (ada subjek yang fail), hemm,, aku belajar dari kegagalan itu, aku berusaha sungguh-sungguh, akhirnya ia membuahkan hasil. Alhamdulillah, aku berjaya juga. terima kasih sangat pada insan yang mendoakan aku.

usaha + doa + tawakal

semester 3, banyak kenangan suka duka yang tak dapat aku lupa kan, i will miss this moment, nak kongsi sikit lah gambar-gambar kenangan. hehe

 << kenangan bersama adik-adik telur masa sambutan HARI TELUR >>
- hari telur ni di adakan pada 24 januari 2013 bersamaan dengan tarikh lahir aku, hari yg "osem".... walaupun penat jadi AJK mase hari tu, tapi aku happy,,, hari lahir yg ke 20 penuh dengan sejarah... ^_^

<< perlawanan BOLA JARING peringkat zon tengah. >>
- dua tahun berturut-turut aku melibatkan diri dalam pertandingan bola jaring peringkat zon tengah ILKKM, penat tak terkata, huhu,, kali ni kami memenangi kedudukan naib johan, tak macam tahun lepas, mungkin nasib tak menyebelahi kami kali ni, tak pe lah,, nak cuba lagi lebih baik next time.. T.T

<< apabila misi-misi bergambar >>
- hua hua hua ... >.< kuat bergambar?? sikit lah,, ada aku kesah..?? :-p

<< kualiti masa bersama si dia >>
- uh,, malu malu malu... haha.. hanya 1 satu semester je lagi untuk selalu jumpa dengan "kau" pas ni dah kena pisah jauh.. T.T tak tahu lah macam mana agak nya nanti rasa tuh... 

Jun 19, 2013

suami idaman

Assalamualaikum..

suami idaman@suami mithali adalah impian setiap insan, begitu juga aku, dalam memilih pasangan hidup bukan mudah bagi setiap insan,,, aku lebih berhati-hati dalam memilih pasangan agar kehidupan aku dan keluarga ku akan datang terjaga dan bahagia kelak.





CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN : :

: :  BERIMAN

perkara yang paling penting!! selagi seseorang insan itu berpegang pada agama dengan kukuh, selagi itu ia tidak akan tersesat di dunia mahupun akhirat. lelaki yang beriman, mampu mendidik isteri dan anak-anak nya ke jalan yang lurus. yakni, ke jalan yang di redhai Allah.

: :  AKHLAK TERPUJI

walaupun nampak tegas, namun masih terserlah kesopanan di dalam tutur kata di mana hati akan berasa sejuk saat berbicara dengan nya.

: :  JAGA MARUAH DIRI

seberapa usaha untuk mengelakkan diri daripada tidak mengunjungi tempat yang boleh mendatang fitnah di mana boleh menjatuhkan maruah diri nya. contohnya mengelakkan diri dari pergi ke disko tanpa sebab yang musabah.

: :  AMANAH

amanah yang diberikan perlu lah dipegang dengan sebaiknya. bukan apa, amanah ini adalah di mana satu tanggungjawab yang perlu di galas oleh seseorang insan. segelintir lelaki zaman moden ini sering mengabaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan, contohnya, mengabaikan tugas yang yang diberikan dan menyalahgunakan kuasa yang diberikan.

: :  BIJAK MENGURUS WANG

its about money, MONEY..! penting nya bagi seseorang lelaki itu mengetahui bahawa setiap wanita mahukan seorang lelaki yang tahu membelanjakan wang dengan bijaksana (kedekut tidak termasuk dalam senarai)...huhu

: :  JAGA PANDANGAN

sangat sedihkan apabila seorang lelaki memandang wanita lain di saat dia bersama pasangan nya, perasaan pasangan nya saat tu?? dia akan merasa tercabar dan memikirkan bahawa diri belum cukup sempurna berbanding wanita yang dilihat,, seterusnya akan mengurangkan rasa keyakinan dalam diri pasangan tersebut.. T.T

: :  PERGAULAN TERBATAS

bukan bermaksud di kongkong, tapi pergaulan terbatas bagi lelaki adalah apabila mereka tidak mengamalkan gaya hidup yang bebas walaupun mereka tahu mereka mampu melakukan nya dimana ia memikir kan maruah isteri dan keluarga jika mengamalkan gaya hidup yang negatif...huahuahua..sweet gitu..

: :  RAKAN PERGAULAN YANG BAIK

sifat dan perilaku rakan-rakan di sekeliling mampu mempengaruhi sikap individu itu terbabit dan kadangkala mereka sering punyai minat yang sama dimana menggambarkan perilaku seseorang,,

: :  MEMIKIRKAN MASA DEPAN

perkara yang di amalkan sekarang akan mempengaruhi masa akan datang. contohnya, lelaki yang fikirkan masa depan nya yang, mereka tidak akan merokok kerana tahu kesan buruk kepada diri nya dan orang di sekeliling nya pada masa akan datang.


Jun 7, 2013

mulut laser!!




"anda nampak baik, nampak hebat, nampak bergaya dan mewah, saya bersyukur tidak jatuh hati pada anak anda"

setiap seseorang itu ada kelebihan dan kekurangan nya sendiri..

dek kerana kelancangan mulut anda cik puan mengutuk orang yang aku sayang, kurang sudah rasa hormat aku kat anda cik puan..harap maaf..

bergurau dan mengutuk adalah satu perkara yang berbeza, kadang-kadang niat dalam hati adalah untuk bergurau, aku boleh terima lagi, chill je la kan, tapi bila dah lebih 3 kali ayat yang sama aku tak suka dengar keluar dari mulut tu, tu bukan lagi bergurau, itu mengutuk namanya, di tambah pulak dengan mimik muka seperti cik puan tu hebat sangat!! please please please...!!

setiap raut wajah yang tercipta adalah hasil kurniaan Allah, cik puan seharusnya bersyukur dengan diri cik puan, kerana di beri wajah yang ada rupa(tapi dah nampak berkedut juga)hahaha... 
jangan lah pula nak mengutuk atas paras rupa warna kulit orang lain..tak baik tu cik puan..




: : bertaubat lah dari kelancangan mulut yang boleh membuah kan rasa benci di dalam hati setiap insan. diri fikir adalah hebat di sisi setiap manusia, tapi tanpa sedar, salah satu insan yang hina di sisi Nya.

Apr 4, 2013

pengalaman di labour room part 2 + tips

hai, how are you? Entry yang lepas aku duk cerita pasal baby.. hari ni mahu bercerita mengenai bersalin,, nak kata aku pernah bersalin ke? Hisshhh,, no lah,,,, aku menyaksikan sendiri proses bersalin yang melalui 3 peringkat untuk bersalin.

Peringkat pertama

bermula dari kontraksi yang progresif hingga pembukaan os serviks di mana kontraksi uterus yang regular dan beritma hingga pembukaan os serviks sepenuhnya(10cm).

: : Langkah-langkah mudah berikut mungkin cukup untuk anda mempergiatkan perjalanan kelahiran anda:

-  Cuba teknik-teknik pernafasan atau relaks jika anda teramat cemas.

- Minta teman bersalin untuk urut belakang anda dengan tegas, atau kaki anda jika anda sedang duduk atas kerusi. 

- Jika anda ingin mengelakkan daripada disentuh, cuba dengar muzik yang menenangkan.

- Makan dan minum mengikut keperluan (ambil snek seperti roti bakar) dan minum air atau minuman isotonik supaya anda tidak ternyahhidrat. Walau bagaimanapun, kebanyakan hospital tidak menggalakkan ini dan hanya membenarkan beberapa teguk air tawar sebab mereka tidak mahu perut anda menjadi penuh sekiranya anda akan memerlukan surgeri untuk (kelahiran caesarean). Berbincanglah dengan doktor semasa satu daripada janji temu antenatal anda.

Peringkat kedua

bermula dari pembukaan serviks sepenuhnya(10cm) hingga bayi dilahirkan.

: : ibu perlu menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Jangan sekali-kali angkat punggung semasa meneran. Ini untuk mengelakkan berlaku koyakan besar pada bahagian perineum anda. Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda. Ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

Peringkat ketiga

Bermula dari masa bayi dilahirkan sehingga plasenta dan membran atau pun disebut uri di keluarkan.

: : selepas bayi dah keluar, anda tidak perlu meneran lagi, plasenta akan dikeluarkan dengan dengan cara terkawal (control cord traction) untuk mengelakkan uterine prolapse.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...