Daisypath Anniversary tickers
Domo-kun Link Select

Jun 19, 2013

suami idaman

Assalamualaikum..

suami idaman@suami mithali adalah impian setiap insan, begitu juga aku, dalam memilih pasangan hidup bukan mudah bagi setiap insan,,, aku lebih berhati-hati dalam memilih pasangan agar kehidupan aku dan keluarga ku akan datang terjaga dan bahagia kelak.





CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN : :

: :  BERIMAN

perkara yang paling penting!! selagi seseorang insan itu berpegang pada agama dengan kukuh, selagi itu ia tidak akan tersesat di dunia mahupun akhirat. lelaki yang beriman, mampu mendidik isteri dan anak-anak nya ke jalan yang lurus. yakni, ke jalan yang di redhai Allah.

: :  AKHLAK TERPUJI

walaupun nampak tegas, namun masih terserlah kesopanan di dalam tutur kata di mana hati akan berasa sejuk saat berbicara dengan nya.

: :  JAGA MARUAH DIRI

seberapa usaha untuk mengelakkan diri daripada tidak mengunjungi tempat yang boleh mendatang fitnah di mana boleh menjatuhkan maruah diri nya. contohnya mengelakkan diri dari pergi ke disko tanpa sebab yang musabah.

: :  AMANAH

amanah yang diberikan perlu lah dipegang dengan sebaiknya. bukan apa, amanah ini adalah di mana satu tanggungjawab yang perlu di galas oleh seseorang insan. segelintir lelaki zaman moden ini sering mengabaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan, contohnya, mengabaikan tugas yang yang diberikan dan menyalahgunakan kuasa yang diberikan.

: :  BIJAK MENGURUS WANG

its about money, MONEY..! penting nya bagi seseorang lelaki itu mengetahui bahawa setiap wanita mahukan seorang lelaki yang tahu membelanjakan wang dengan bijaksana (kedekut tidak termasuk dalam senarai)...huhu

: :  JAGA PANDANGAN

sangat sedihkan apabila seorang lelaki memandang wanita lain di saat dia bersama pasangan nya, perasaan pasangan nya saat tu?? dia akan merasa tercabar dan memikirkan bahawa diri belum cukup sempurna berbanding wanita yang dilihat,, seterusnya akan mengurangkan rasa keyakinan dalam diri pasangan tersebut.. T.T

: :  PERGAULAN TERBATAS

bukan bermaksud di kongkong, tapi pergaulan terbatas bagi lelaki adalah apabila mereka tidak mengamalkan gaya hidup yang bebas walaupun mereka tahu mereka mampu melakukan nya dimana ia memikir kan maruah isteri dan keluarga jika mengamalkan gaya hidup yang negatif...huahuahua..sweet gitu..

: :  RAKAN PERGAULAN YANG BAIK

sifat dan perilaku rakan-rakan di sekeliling mampu mempengaruhi sikap individu itu terbabit dan kadangkala mereka sering punyai minat yang sama dimana menggambarkan perilaku seseorang,,

: :  MEMIKIRKAN MASA DEPAN

perkara yang di amalkan sekarang akan mempengaruhi masa akan datang. contohnya, lelaki yang fikirkan masa depan nya yang, mereka tidak akan merokok kerana tahu kesan buruk kepada diri nya dan orang di sekeliling nya pada masa akan datang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...