Daisypath Anniversary tickers
Domo-kun Link Select

Dec 20, 2013

Janda Baik In Memory

Assalamualaikum...



JANDA BAIK?? siapa pernah dengar tentang tempat ni? kalau batch aku tak buat outing ke tempat ni mesti aku pun tak kenal tempat peranginan kat sini. My opinion, tempat kat sini best sangat sebab persekitaran yang penuh dengan kehijauan dan sungai yang masih tidak tercemar lagi. Bagi sesiapa yang inginkan suasana damai disini boleh lah melawat ke sini ye.. :) cuma, jalan nak pergi tu yang membimbang kan sikit. sebab kecik dan bengkang bengkok. kena pergi ramai-ramai baru lah rasa selamat sebab bila ada perkara yang tak di ingini berlaku, at least ramai orang dan boleh bantu apa yang patut. Am i right??

7 Desember 2013 ~ 9 Disember 2013

Hari pertama ialah hari yang penuh debaran kerana tiada gambaran sebenar mengenai tempat ni. Sebanyak 5 buah bas yang menghantar para pelatih. Bismillah. Perjalanan dimulai dengan bacaan doa oleh Faizal, ketua kami.. So, perjalanan dimulakan..

Bila dah nmpak sign board Janda Baik, terukir senyuman dibibir sebab ingat tempat dah tak jauh lagi... tapi.... ghupenye jauh lagi,,wuuahhh.. dalam keadaan hujan dan jalan yang licin.. mengundang rasa gusar dalam hati. Ditambah lagi dengan jalan bengkang bengkok. Dalam hati berdoa je mudah-mudahan dipermudahkan perjalanan kami.

Alhamdulillah. perjalanan kami ke sana diuji oleh Allah. Pokok tumbang di mana menghalang perjalanan kami. So, cam mana kami nak lepas ke sana... well.. bas yang aku naik ni yang paling depan, memang terang-terang aku nampak ada pokok tumbang depan mata... heuheuheu.. macam tak percaya semua orang turun untuk angkat pokok tu. >.< macam kuat je kan. tapi tu lah yang sebenarnya kami semua lakukan sebab berusaha nak alihkan pokok tu. ternyata kami gagal sebab dahan pokok besar. T.T

Tak bapa lama selepas itu, kami serahkan kepada pihak yang mampu melakukan iaitu bantuan dari pihak bomba. dengan kehadiran nya memotong dahan pokok tu, amat menyenangkan hati kami.(macam ayat karangan je) :-*

Alhamdulillah. perjalanan kami di teruskan semula.Akhirnya sampai juga kami di tempat yang ingin dituju. Setibanya kami di kampung Janda Baik. Kedatangan kami di sambut dengan baik oleh penduduk di sana. Sungguh terharu.! Seperti anak emas pula rasa nya.. hehehe

Booth kesihatan dan aktiviti sukan yang di lakukan mendapat sambutan baik daripada penduduk walaupun cuaca tak berapa elok. Memang sporting lah penduduk sana. agak mengecewakan jugak lah. sebab... soobb soobb.. aku tak dapat peluang nak ambil gambar sebab masa tu aku jaga booth BMI dan sibuk excited layan game yang dibuat. Handphone memang tak dak lekat di tangan la... fuuhh.. macam budak-budak aku ni. Sumpah.! aku memang excited kalau bab-bab ada sukan macam ni. Sampaikan jari kaki berdarah pon tak perasan. kenapa boleh berdarah? sebab jari dah lembap dan kembang kena air hujan, so masa lari-lari main game tu, tekanan dikenakan ke atas kaki aku mengakibatkan kulit terkopek dan berdarah. tapi tak sakit pon... bila malam je baru terasa berdenyut-denyut.. T.T  menangis. macam dak kecik,, hahahaha

Petang tu aku dan kengkawan semua gerak ke HARMONY EXCELLENCE RESORT, Janda Baik..



peta untuk ke Harmony Excellent Resort


okay.. disini banyak aktiviti yang di jalankan... tak tercerita teman.. :) biarlah video ini menjadi cerita nya yer..



cc Hamizan Ismail

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...