Assalamualaikum...
Alhamdulillah cuaca yg cerah hari ni...sejuk2 je rase.. tp tak secerah cuaca dalam hati ni... miss my home.. T.T miss everyone at home...
Esok exam pulak tu.. mmg tak kena la ngan mood skrg ni. Study study study.. akan Ku perjuangkn.. Nah nah nah nah... meh meh meh.. nk pi study yeah... :)
Nak share resepi kek yang di buat semalam. Alhamdulillah. 1St try. Tapi membuahkn hasil yang puas kat hati ni. :)
Bahan:
Marjerin 1 cawan
Gula pasir 3/4 cawan
Telur 3 biji
Perasa ros 1 sudu teh
Ovalett 1 sudu teh
Tepung qandum 1 caw an
Tepung penaik 1 caw an
Cara:
Kacau Gula dan marjerin dengan mixture sehingga putih.
Masukkan telur. Kacau hingga rata.
Masukkn tepung gandum, tepung penaik, ovelett, perasa ros.
Kacau hingga sebati.
Masukkan warna mengikut kesukaan. Kalau nak buat dua warna. Asingkan siap2 or bahagi dua dalam bekas berbeza. Then bila nak masuk dlm bekas untuk di bakar, masukkan secara selang seli.
Sedang terlena mengulit mimpi yang mengasyikkan,
Diri tersedar dari mimpi,
Entah apa yang mengganggu,
Hingga diri lantas tersegar,
Dari keenakan tidur yang berpanjangan,
Diri terkaku terdiam,
Saat bacaan merdu alunan surah dibaca,
Entah dari mana hadirnya,
Menbuatkan aku terpegun.
Ya Allah.
Adakah ini petunjuk Mu,?
Mengalir air mata saat ku hayati nya,
Bait-bait ayat rangkap demi rangkap,
Indah...!
Sungguh merdu...
Sudah lama pintu hati diketuk untuk itu,
Mendekati penghijrahan,
Namun suara-suara yang menghasut
Serta kehendak sendiri menjadi benteng..!
Benar sungguh..!
Musuh yang paling kuat adalah diri sendiri,
Sangat sukar dikawal,
Sangat sukar dimengerti.
Namun aku tidak perlu tewas,
Aku harus bangkit melawan,
Memperkuatkan iman melalui kehidupan yang serba mencabar ini..
JANDA BAIK?? siapa pernah dengar tentang tempat ni? kalau batch aku tak buat outing ke tempat ni mesti aku pun tak kenal tempat peranginan kat sini. My opinion, tempat kat sini best sangat sebab persekitaran yang penuh dengan kehijauan dan sungai yang masih tidak tercemar lagi. Bagi sesiapa yang inginkan suasana damai disini boleh lah melawat ke sini ye.. :) cuma, jalan nak pergi tu yang membimbang kan sikit. sebab kecik dan bengkang bengkok. kena pergi ramai-ramai baru lah rasa selamat sebab bila ada perkara yang tak di ingini berlaku, at least ramai orang dan boleh bantu apa yang patut. Am i right??
7 Desember 2013 ~ 9 Disember 2013
Hari pertama ialah hari yang penuh debaran kerana tiada gambaran sebenar mengenai tempat ni. Sebanyak 5 buah bas yang menghantar para pelatih. Bismillah. Perjalanan dimulai dengan bacaan doa oleh Faizal, ketua kami.. So, perjalanan dimulakan..
Bila dah nmpak sign board Janda Baik, terukir senyuman dibibir sebab ingat tempat dah tak jauh lagi... tapi.... ghupenye jauh lagi,,wuuahhh.. dalam keadaan hujan dan jalan yang licin.. mengundang rasa gusar dalam hati. Ditambah lagi dengan jalan bengkang bengkok. Dalam hati berdoa je mudah-mudahan dipermudahkan perjalanan kami.
Alhamdulillah. perjalanan kami ke sana diuji oleh Allah. Pokok tumbang di mana menghalang perjalanan kami. So, cam mana kami nak lepas ke sana... well.. bas yang aku naik ni yang paling depan, memang terang-terang aku nampak ada pokok tumbang depan mata... heuheuheu.. macam tak percaya semua orang turun untuk angkat pokok tu. >.< macam kuat je kan. tapi tu lah yang sebenarnya kami semua lakukan sebab berusaha nak alihkan pokok tu. ternyata kami gagal sebab dahan pokok besar. T.T
Tak bapa lama selepas itu, kami serahkan kepada pihak yang mampu melakukan iaitu bantuan dari pihak bomba. dengan kehadiran nya memotong dahan pokok tu, amat menyenangkan hati kami.(macam ayat karangan je) :-*
Alhamdulillah. perjalanan kami di teruskan semula.Akhirnya sampai juga kami di tempat yang ingin dituju. Setibanya kami di kampung Janda Baik. Kedatangan kami di sambut dengan baik oleh penduduk di sana. Sungguh terharu.! Seperti anak emas pula rasa nya.. hehehe
Booth kesihatan dan aktiviti sukan yang di lakukan mendapat sambutan baik daripada penduduk walaupun cuaca tak berapa elok. Memang sporting lah penduduk sana. agak mengecewakan jugak lah. sebab... soobb soobb.. aku tak dapat peluang nak ambil gambar sebab masa tu aku jaga booth BMI dan sibuk excited layan game yang dibuat. Handphone memang tak dak lekat di tangan la... fuuhh.. macam budak-budak aku ni. Sumpah.! aku memang excited kalau bab-bab ada sukan macam ni. Sampaikan jari kaki berdarah pon tak perasan. kenapa boleh berdarah? sebab jari dah lembap dan kembang kena air hujan, so masa lari-lari main game tu, tekanan dikenakan ke atas kaki aku mengakibatkan kulit terkopek dan berdarah. tapi tak sakit pon... bila malam je baru terasa berdenyut-denyut.. T.T menangis. macam dak kecik,, hahahaha
Petang tu aku dan kengkawan semua gerak ke HARMONY EXCELLENCE RESORT, Janda Baik..
peta untuk ke Harmony Excellent Resort
okay.. disini banyak aktiviti yang di jalankan... tak tercerita teman.. :) biarlah video ini menjadi cerita nya yer..